Mohamad Zin berkata, penggantungan ini membuktikan demokrasi di dalam parti Melayu itu telah mati.
KUALA LUMPUR: Hanya kerana mengkritik tuan Presiden, lapan Ketua Umno
Cawangan Bahagian Teluk Kemang digantung selama enam tahun. Di samping
itu, hak mereka untuk memilih dan dipilih dalam pemilihan parti juga
ditarik.
Hukuman itu berkuatkuasa pada 2 Disember lalu, iaitu pada hari mereka dipanggil menghadap Lembaga Displin UMNO.
Mangsa, Datuk Mohamad Zin Mustapa dari cawangan Taman Datuk Haji
Abdul Samad berkata penggantungan ini membuktikan demokrasi di dalam
parti Melayu itu telah mati.
“Dengan jelas, tindakan ini diambil bagi menutup mulut kami daripada menyuarakan perkara yang benar berkenaan UMNO,” jelasnya.
Sebelum ini, mereka dalam satu sidang media mendesak Najib meletakkan
jawatan ekoran pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. Ia
membabitkan isu 1MDB dan juga wang derma berjumlah RM2.6 bilion.
Jelas beliau lagi, keputusan ini juga menunjukkan bahawa Datuk Seri
Najib Razak bukan seorang gentleman seperti yang cuba diuar-uarkan.
“Nampaknya beliau (Najib) keliru dengan maksud sebenar ‘gentleman’.
Dimanakah ‘gentleman’nya presiden sehingga orang yang mengkritiknya
perlu dihukum seperti kami?
“Seorang pemimpin berjiwa besar akan menerima segala teguran yang ditujukan kepada beliau,” katanya.
FMT
FMT
No comments:
Post a Comment