7/12/15
Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin menafikan
sekeras-kerasnya penglibatan dalam “Team 5M”, kumpulan yang dikatakan
akan mencabar kem Datuk Seri Najib Razak dalam pemilihan Umno 2018.
“Saya tidak dihubungi dan tidak ada menghubungi sesiapa untuk bertanding apa sahaja jawatan,” katanya di Facebook hari ini.
“Ternyata,
ini adalah usaha pihak-pihak tertentu yang terdesak yang ingin
menganggu semangat perpaduan dan keharmonian dalam parti.”
Mengulas
dakwaan di laman pro-Najib MYKMU, Khaled berkata sewajarnya kesempatan
berkumpul sempena perhimpunan agung Umno kali ini digunakan untuk
memperkukuh dan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya
umum akan datang.
Perhimpunan agung Umno akan berlangsung mulai esok sehingga Sabtu ini di ibu negara.
Memetik "PRU14", MYKMU
mendakwa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan
mengumumkan pasukan itu dalam perhimpunan bersama penyokongnya di ibu
negara malam ini, setelah peluang itu masih tidak jelas dalam
perhimpunan agung parti.
Senarai pasukan Muhyiddin untuk menentang kem Najib itu didakwa seperti berikut:
Presiden: Muhyiddin
Timbalan presiden: Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Naib presiden: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Naib presiden: Datuk Seri Ahmad Said
Naib presiden: Khaled
Tulisan
itu mendakwa Muhyiddin mengambil keputusan itu setelah sekumpulan tokoh
Melayu ternama yang dikenali dengan gelaran ‘G25’ didakwa menolak
permintaan mereka untuk bekerjasama menjatuhkan Najib.
Muhyiddin didakwa cuba mengambil inisiatif itu bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin
sebelum ini digugurkan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang
mengkritik syarikat pelaburan negara cetusan ilham Najib, 1MDB.
No comments:
Post a Comment