Malaysiakini 29/1/16
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan
beliau telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul
Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Tanpa mendedahkan butirannya, kata beliau makluman cadangan atas nama Umno juga telah diserahkan.
“Saya
maklum kepada MT (Umno) saya sudah hadap pengerusi Jemaah Pemangku
Diraja dan saya telah serah maklum cadangan atas nama pihak Umno.
“Perkembangan
selanjutnya akan dimaklumkan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat
dagangan Dunia Putra sebelepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi
Umno.
Sebelum
ini, spekulasi bertiup kencang Datuk Seri Mukriz Mahathir yang diarah
meninggalkan mesyuarat itu akan dilucutkan jawatan menteri besarnya.
Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Umum kemudian
Diminta wartawan mengulas kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar, Najib enggan mendedahkan butirannya.
“Kita (akan) umumkan kemudian,” katanya.
Wartawan
juga menyoal sama ada terdapat nama-nama calon yang dikemukakan pagi
tadi itu ditolak oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Tak ada, tak ada. Nanti saya maklumkan.
“Tak ada pernolakan, (segala) process jalan baik,” katanya.
Presiden Umno itu juga enggan mengulas sama ada Mukhriz akan tetap menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah.
Katanya, perkara itu akan diumumkan kemudian.
Menurut
Najib, beliau mengambil maklum perkembangan politik di Kedah dan
memberikan pertimbangan serius setelah mendengar permasalahan di negeri
itu daripada 14 ketua bahagian.
“14 ketua Umno bahagian memutuskan
perkara ini. Jadi sebagai presiden parti saya kena ambil maklum dan
beri pertimbangan yang serius terhadap pendirian dibuat mereka,"
katanya.
Diasak wartawan sama ada akan berlaku perubahan dalam
barisan kepimpinan kerajaan negeri Kedah, Najib tetap tidak mahu
memberikan sebarang maklumat.
“Nanti kita beritahulah,” katanya lagi.

Tindakan
terhadap Mukhriz itu, sebelum ini dikaitkan dengan kempen berterusan
bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib.
Calon MB baru
Pada
20 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk
Seri Ahmad Basah Md Hanipah memulakan langkah dengan mengisytiharkan
bahawa Umno negeri hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Mukhriz.
Ini disusuli dengan 21 ADUN BN Kedah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri pada Selasa lalu di Putrajaya.
Berita Harian Online hari ini membuat spekulasi bahawa Najib telah mengemukakan tiga nama sebagai calon untuk jawatan menteri besar Kedah.
Walau
bagaimanapun, portal itu melaporkan bahawa nama ADUN Bakar Bata Datuk
Seri Ahmad Basah Md Hanipah tidak berada dalam senarai itu.
Memetik
memetik sumber, akhbar pro-Umno itu melaporkan mereka dalam senarai
berkenaan adalah ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail,
ADUN Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu Datuk Azmi
Che Husin.
Daripada tiga nama itu, menurut laporan tersebut, Ku
Abd Rahman mempunyai potensi untuk menjadi menteri besar baru beliau
adalah exco yang paling kanan di Kedah.
Mukhriz dilantik sebagai
menteri besar Kedah selepas Umno-BN menang di negeri jelapang padi itu
dalam pilihan raya umum 2013. BN memenangi 21 daripada 36 kerusi DUN di
Kedah. Pakatan Rakyat ketika itu pula memenangi 15 kerusi.
Beliau yang sebelum ini anggota Parlimen Jerlun berjaya menewaskan penyandang kerusi DUN Ayer Hitam dari PAS, Abdul Ghani Ahmad.
Malah,
sesetengah pihak mendakwa antara faktor kemenangan BN ketika itu adalah
ketokohannya sebagai pemimpin pelapis Umno sehinggakan perdana menteri
sendiri sewaktu kempen PRU13 menjanjikan Mukhriz sebagai menteri besar
sekiranya BN berjaya memenangi negeri itu.
No comments:
Post a Comment