Wednesday, February 10, 2016

Azmin doa di Mekah mohon Anwar dibebaskan

| February 10, 2016
Rakaman video beliau disiarkan ketika acara kempen 'Bebas Anwar' di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh semalam.
azmin-ali_mekah
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sempat menitipkan doa buat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menunaikan umrah di tanah suci Mekah.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk mendoakan bagi pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada di Raudhah (di Masjid Nabawi) dan juga Mekah Al-Mukarramah.
“Mudah-mudahan kita meneruskan doa ini agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara Sungai Buloh dan akan…InsyaAllah…bersama-sama dengan kita untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya menerusi rakaman video dari Mekah.

Rakaman tersebut disiarkan ketika acara kempen ‘Bebas Anwar’ di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh semalam.

Menteri Besar Selangor itu memohon maaf kerana tidak dapat menyertai acara tersebut, yang diadakan sempena setahun pemenjaraan Anwar.
Beliau juga mendoakan agar keluarga Anwar sentiasa dilimpahi kesejahteraan serta kesabaran dalam mendepani ujian tersebut.

“InsyaAllah dengan kesabaran dan ketabahan ini, Allah akan menganugerahkan keluarga ini kejayaan bagi mengangkat martabat umat dan rakyat keseluruhannya.

Kira-kira 1,000 peserta termasuk pemimpin parti Pakatan Harapan menyertai perhimpunan itu. Namun tiada seorang pun pemimpin PAS yang hadir semalam.

1 comment:

  1. Nak cari rezeki, Insyaallah.
    http://YouthToEarn.com/?ref=200943
    PERCUMA je .. Tiada apa-apa bayaran dikenakan(kalau rasa program ni menipu, anda tidak rugi apa-apa sebab tak keluar modal pun). Anda hanya perlu open link dibawah dan register. Anda akan terus dapat USD20 x4.4=RM81.60 Selepas dapat link anda sendiri,paste ke Facebook,Twitter,Whataspp dan sebagainya .. Setiap org yg buka link anda, anda akan dibayar. MUDAH kan ?? Anda boleh pilih nk masuk ke akaun atau cek di pos ke alamat rumah anda. INGAT!! Anda tidak rugi apa-apa. bukan sekadar membantu anda sahaja bahkan mampu membantu orang lain. kalau tak percaya,join dulu.klik link ni dan register nama anda sahaja.KLIK LINK
    http://YouthToEarn.com/?ref=200943

    ReplyDelete