Saturday, April 30, 2016

LGE diarah keluar 2 hari sebelum hari pengundian

 | April 29, 2016
Ketua Menteri Pulau Pinang diberitahu supaya tunggu 20 minit sebelum diberi pas lawatan khas
lim-sarawak
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang diberitahu supaya meninggalkan Sarawak pada 5 Mei depan, selepas beliau diberikan tempoh melawat tujuh hari oleh Imigresen.
Guan Eng tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 8 malam dan berkongsi pas lawatan khas yang diberikan kepadanya.

“Selepas menunggu kira-kira 20 minit saya dibenarkan masuk Sarawak setakat 5 Mei. Selepas tarikh itu tidak diizinkan sehinggalah pilihan raya Sarawak 7 Mei selesai,” cicip Guan Eng melalui Twitter.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut diberi layanan serupa. Beliau hanya dibenarkan berada di Sarawak sehingga 2 Mei.

Imigresen Sarawak lazimnya memberikan pas lawatan 90 hari kepada semua rakyat Malaysia.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini memberi amaran sekatan keatas ahli politik akan dipertingkatkan bagi menyekat watak-watak tidak baik memasuki Sarawak.
Adenan menyanggah pengkritik dengan berkata sekatan tidak terhad kepada pembangkang, tetapi juga kepada ahli-ahli parti BN.

Adenan berkata pemimpin besar DAP seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang diberi kebenaran masuk ke negeri itu kerana mereka menjaga perangai masing-masing.

Imigresen Sarawak berikrar menguatkuasakan amaran Adenan itu, dan berkata jabatan itu mempunyai senarai orang-orang yang tidak diingini yang akan ditahan sebaik mendarat.

Pengarahnya, Ken Leben dilaporkan sebagai berkata, sekatan dikenakan keatas semua pengunjung samada tempatan mahupun asing, kerana mereka tidak mengamalkan dwistandard.

Ken menegaskan sekatan bukannya dikenakan keatas wakil rakyat pembangkang semata-mata walaupun antara yang ditahan termasuklah Tony Pua, Teresa Kok dan Teo Nie Ching daripada DAP.
Beliau berkata senarai orang-orang yang tidak diingini adalah sulit dan tidak akan didedahkan kepada orang awam dalam apa jua keadaan.

1 comment:

  1. Sarawak bukan sebuah negeri dalam Malaysia seperti negeri2 di Semenanjung. Sarawak dan Sabah sama taraf dengan Semenanjung, ada undang2 imigresyen bebas yang boleh membenar atau menolak sesiapa daripada masuk ke negeri tersebut. Macam tuan punya rumah bunglo yang dibeli bawah harga pasaran, boleh tak benarkan sesiapa masuk. Kalau nak tukar undang2 tersebut kena ubah Perlembagaan, kena menang 2/3 kerusi parliamen. Tapi dengan perangai suka tikam kawan harapan itu hanya wujud dalam mimpi. Jangan harap orang melayu (kecuali melayu2 haprak dalam PAN) akan sokong parti yang mempunyai niat menjahanamkan islam dan bangsa melayu di negara ini. So consider yourslf lucky to be given permission to enter Sarawak far a limited period, considering your Pa, your babu Mat Sabu and a few others didn't have the opportunity to put their feet on Sarawak soil.

    ReplyDelete