Sehingga kini tidak ada usaha yang serius untuk pembangkang menyelesaikan isu bertanding menggunakan satu logo.
PETALING JAYA: Parti-parti di dalam Pakatan Harapan (PH) perlu
mengikuti jejak Barisan Nasional (BN) yang menggunakan satu logo ketika
bertanding di dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU).
Bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan
berkata, ia perlu bagi mengelakkan kejadian di Pilihan Raya Negeri (PRN)
Sarawak berulang lagi.
“Setiap parti politik ada satu logo dan jika pembangkang serius mahu
menjadi parti alternatif kepada BN, mereka haruslah mendaftar satu
logo,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Bagaiamanapun, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM itu juga menyatakan
sehingga kini tidak ada usaha yang serius untuk pembangkang
menyelesaikan masalah berkenaan.
“Ini menunjukkan mereka tidak ada persefahaman yang serius. Mereka hanya satu pakatan yang terlalu longgar.
“Mereka kata, mereka adalah Pakatan Harapan, tetapi kenapa bertanding
kerusi sehingga bertindih? Bagaimana satu pakatan boleh memberi harapan
yang berpecah?” soal beliau lagi.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan
(AMK), Fahmi Zainol pula berkata, keputusan PRN Sarawak kali ini
merupakan bukti yang kukuh PH dan blok pembangkang yang lain perlu
bersatu lawan UMNO/BN secara satu lawan satu.
“Jangan terlalu angkuh dan pentingkan nafsu semata-mata. Jika masih
berulang pertindahan kerusi pada PRU 14 akan datang saya yakin ramai
anak muda tidak teragak-agak untuk memilih tidak mengundi dan muak
dengan kedua-dua pihak (BN mahupun pembangkang).
“Buat pimpinan tertinggi parti, jangan anggap perubahan adalah hak
mutlak mereka semata-mata secara tidak langsung mengenepikan harapan
rakyat secara keseluruhan,” katanya kepada FMT, hari ini.
Dalam PRN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjaya membentuk Kerajaan
dengan kelebihan dua pertiga apabil berjaya memperolehi 72 kerusi
daripada 80 kerusi yang dipertandingkan.
DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi
daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga
daripada 41 kerusi yang ditandingi. PAS dan Amanah tewas di semua kerusi
yang ditandingi.
No comments:
Post a Comment