Monday, May 9, 2016

Lelaki Ini Saman Tuhan ke Mahkamah Kerana Biarkan Hidupnya Sengsara

   8 Mei 2016

 
Public Domain via Pixabay ilustrasi

TEL AVIV  — Hidup, bagi beberapa orang, memang sangat sukar sehingga membuat mereka putus asa. Tak jarang, di dalam keputusasaan itu, manusia menyalahkan Tuhan.

Hal ini pula yang terjadi pada seorang lelaki Israel, David Shoshan, yang meminta mahkamah untuk menerbitkan surat perintah penahanan kepada Tuhan.

Alasan David, menurut laman berita Israel NRG, dia menganggap Tuhan telah bersikap tak adil kepada dia dan selama ini polis  tak boleh berbuat apa pun.

Dalam sidang di mahkamah kota Haifa, wilayah utara Israel, David hadir dan mewakili dirinya sendiri. Sementara itu, menurut sejumlah laporan, Tuhan tidak hadir dalam sidang.

Dalam sidang itu, para hakim mendengarkan keluh kesah David tentang perilaku Tuhan yang dianggapnya "kejam dan tidak adil" kepada dirinya.

Meski demikian, David tidak menjelaskan secara terperinci perbuatan kejam dan tak adil seperti apa yang dilakukan Tuhan kepada dia.

David mendakwa, dia sudah beberapa kali melaporkan masalah ini kepada polis berkaitan "kejahatan" Tuhan.

Polis , ujar David, hanya mengirimkan kereta patrol  sebanyak 10 kali ke kediamannya.

Polis  akhirnya menganggap sebuah hal yang mustahil untuk menangkap Tuhan dan meminta David menarik balik laporannya. Ternyata, para hakim mahkamah Haifa sepakat dengan para polis .

Hakim Ahsan Canaan menolak gugatan David dan menganggap permintaannya adalah sebuah delusi dan menilai lelaki itu lebih memerlukan bantuan pihak lain selain mahkamah.
Sumber:KOMPAS.com

Editor : Ervan Hardoko
Sumber: independent.co.uk

No comments:

Post a Comment