Sebuah portal yang memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak menyindir bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
berhubung tuntutan mahkamah yang difailkan pagi ini.
Mykmu.net berkata ini kali pertama seorang ahli politik menyaman seseorang kerana menuduhnya mahu menjadi perdana menteri.
Selain
mendakwa bahawa Mukhriz membuat langkah bersejarah, portal itu berkata
ini adalah tindakan undang-undang seumpamanya yang pertama kali di
dunia.
“Sebelum ini ada orang mengaku Tuhan, mengaku Nabi, mengaku
macam-macam pun takde siapa nak saman, tapi kena tuduh nak jadi perdana
menteri pulak yang nak kena saman. Nak gelak ke nak nangis, dah tak
tahu nak pilih macam mana dah ni.
“Yelah, bila orang ada duit, ada
pengaruh, macam-macamlah boleh buat waima saman perkara-perkara yang
kita rakyat biasa ni setakat mampu bayangkan saja.
“Bukan tuduhan
jahat pun, tuduh nak jadi perdana menteri, tak tahulah kalau kerja jadi
perdana menteri kerja orang jahat!” kata portal itu.
Datuk Seri
Mukhriz Mahathir hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Akhbar
Perdana Menteri - Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kerana
memfitnahnya menerusi beberapa kenyataan medianya.
Anak Tun Dr
Mahathir Mohamad itu juga menafikan dakwaan bahawa beliau berkomplot
bersama bapanya serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.
Mukhriz mendakwa
kenyataan media itu mencadangkan bahawa beliau akan diberikan jawatan
perdana menteri sebaik sahaja Muhyiddin berundur selepas menggantikan
Najib.
Beliau juga mendakwa bahawa empat kenyataan Tengku
Sariffuddin sebelum ini memberi gambaran seolah-olah beliau seorang yang
gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi perdana menteri tanpa
sebarang pertimbangan terhadap kepentingan rakyat.
Mengulas
lanjut, Mykmu.net menegaskan bahawa kenyataan Tengku Sarifuddin itu
bukanlah jahat memandangkan tugas sebagai perdana menteri bukan kerja
orang jahat.
“Bukan bapak dia (Mukhriz) jadi PM 22 tahun ke, jahat ke kerja tu, menjatuhkan maruah ke?” soalnya.
Dalam
perkembangan yang sama, portal itu berkata Mukhriz mempunyai hak di
sisi undang-undang untuk memfailkan saman terhadap sesiapa sahaja, dan
terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengenai perkara
berkenaan.
“Kita pun tak pertikai hak dia nak saman itu cuma cakap
dari segi sejarah yang dicipta itu sajalah. Ada kes takde kes, itu
nanti kebijaksanaan Mahkamahlah yang akan menentukan.
“Kita rakyat
di bawah ini pun tak sabar juga tunggu kes berjalan, nak jugak tahu,
bahagian mana dalam tuduhan macam ini yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang?” katanya.
Malaysiakini 3/6/16
No comments:
Post a Comment