Monday, May 2, 2016

Ribuan banjiri ceramah LGE di Kuching

 FMT| May 1, 2016
Kehadiran pemimpin besar DAP itu meniup semangat baru dalam ceramah yang lazimnya suram
guan-engKUCHING: Tarikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kalangan masyarakat Cina Sarawak tidak lagi boleh dinafikan.
Ceramah DAP yang lazimnya suram dan menjemukan seolah mendapat semangat baru sebaik sahaja berita kehadiran Lim Guan Eng tersebar.

Setiausaha Agung DAP itu berada di Kuching untuk membantu kempen partinya menghadapi hari pengundian 7 Mei ini. Kedatangannya disambut dan diraikan lebih 2,000 orang yang datang dari serata bandaraya Kuching untuk mendengar ucapan beliau.
Kenderaan memenuhi jalanraya di semua simpang menuju ke Jalan Tun Jugah yang menjadi tempat acara berlangsung, dan semua tempat letak kereta yang sah telah terambil seawal jam 8 malam lagi.

Malah, ada yang meletak kereta secara haram atau mendengar ceramah dari dalam kereta masing-masing sehingga larut malam semata-mata untuk mendengar ucapan beliau.

Guan Eng sering berbahasa Cina dalam ucapannya, tetapi menukar ke bahasa Inggeris apabila menceritakan kesulitan yang dihadapinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Jumaat lepas.

“Mereka (imigresen) buat saya tunggu selama 20 minit. Saya bingung mengapa mereka buat saya tunggu begitu lama. Katakan sahaja sekiranya saya tak dibenarkan masuk.

“Bila saya bertanyakan mengapa ia mengambil masa yang lama, saya diberitahu mereka sedang cari cop khas. Kemudian mereka kata saya perlu pulang pada 5 Mei, dan saya hanya boleh kembali selepas 7 haribulan. Selepas 7 haribulan boleh kaotim (selesai).”

Bercakap kepada hadirin yang menyorak setiap kenyataannya, Guan Eng berkata meskipun beliau menghormati hak Sarawak mengehadkan kedatangan ke negeri itu, senarai mereka yang dibenarkan melawat adalah bersyarat seraya menunjukkan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sengaja mahu menunjukkan kuasanya.

“Ketua Menteri pun tak boleh masuk? Kita sama taraf tahu. Beliau Ketua Menteri, saya juga Ketua Menteri. Azmin Ali juga.
“Kita bukan penjenayah. Kita Ahli Parlimen, ADUN-ADUN. Tindakan beliau tidak boleh dimaafkan.”

Guan Eng dan beberapa pemimpin pembangkang lain termasuk Azmin dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dibenarkan masuk ke negeri terbesar di Malaysia itu dengan syarat mereka perlu meninggalkan Bumi Kenyalang beberapa hari sebelum hari pengundian.

Adenan dalam satu kenyataan semalam berkata beliau akan pertimbangkan sekatan itu sekiranya mereka membuat permohonan rasmi memohon tempoh lawatan mereka dilanjutkan

No comments:

Post a Comment