BN juga didakwa dua kali meluluskan projek hospital yang masih belum dibina
PETALING JAYA: Kerajaan BN didakwa cuba memperbodohkan rakyat Sarawak
dengan menjanjikan projek yang sama walaupun sudah enam kali
pilihanraya di negeri itu.
Calon DAP bagi kerusi DUN Tasik Biru, Mordi Bimol berkata antara
janji kosong BN kepada rakyat Sarawak adalah membina Klinik Kesihatan
Stungkor namun sejak 16 tahun lalu sehingga sekarang projek tersebut
tidak berjalan.
“Sudah tiga pilihanraya umum 2004, 2008 dan 2013 berlalu dan tiga
lagi pilihanraya negeri Sarawak 2006, 2011 dan kini 2016 malah sudah
masuk tahun ke-16 dan penduduk Tasik Biru masih lagi menunggu sebuah
Klinik Kesihatan Stungkor yang keadaan tanahnya seperti hutan dan
dipenuhi semak.
“Enam kali pilihanraya, janji nak bina Klinik Kesihatan Stungkor –
sampai sekarang habuk pun tak ada! Inilah janji kosong ala Barisan
Nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Bimol, lebih menyedihkan apabila pemimpin BN membuat
pengumuman meluluskan tiga projek pembinaan hospital di Sarawak
dikawasan yang sama walaupun perkara itu telah dibuat sejak tiga tahun
lepas.
“Pada 30 Jun 2013 Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi
Yahaya telah meluluskan pembinaan 3 hospital baru di Sarawak di Lawas,
Petra Jaya dan Sri Aman.
“Tiga tahun selepas pengumuman Timbalan Menteri Kesihatan dibuat,
satu lagi pengumuman dibuat oleh Kementerian Kesihatan; kali ini oleh
Menteri Kesihatan pula, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 30 April lepas
melibatkan projek yang sama pada musim pilihanraya negeri Sarawak ini.”
Katanya, dengan pelbagai janji kosong yang ditabur kerajaan BN kepada
rakyat Sarawak untuk membina hospital jelas menunjukkan mereka tidak
mementingkan tahap kesihatan penduduk Bumi Kenyalang itu.
“Meskipun tonggak pimpinan di Sarawak sudah bertukar dari tangan Tun
Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud kepada Tan Sri Datuk Patinggi Haji
Adenan bin Satem, namun tidak nampak habuk pun dari pembinaan
ketiga-tiga hospital ini,” katanya
No comments:
Post a Comment