Tuesday, May 24, 2016

Tudung Neelofa laku RM1.3 juta dalam 3 minit

 | May 24, 2016
Naelofar Hijab kini berada di pasaran Brunei, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Australia dan tidak lama lagi di London dan Istanbul.
neelofa3
KUALA LUMPUR: Jualan tudung Naelofar Hijab milik pelakon dan pengacara popular Neelofar mencecah RM1.3 juta dalam tempoh tiga minit setiap kali pesanan pembelian dibuka kepada stokis dan pelanggan.

Neelofa, 27, atau nama sebenarnya Nor Neelofa Mohd Noor berkata hasil jualan yang tinggi dan pantas itu ialah hasil kerja keras lebih 400 stokisnya dari dalam dan luar negara.
“Setiap kali kami membuka pesanan saja, satu hingga lima minit akan habis dijual kepada stokis. Kadang kala ia mencecah RM1.2 juta hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja.

“Dari situ kita boleh tengok kepercayaan orang daripada segi kualiti dan harga yang kita tawar,” katanya dipetik daripada Malay Mail Online.

Dalam tempoh dua tahun berada di pasaran, tudung jenama Naelofar Hijab kini akan mula dijual di Kota London pada hujung bulan depan.

Sehingga kini, tudung itu berjaya menembusi pasaran Brunei, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia.
Selain United Kingdom, jenama tudung itu akan dijual di Turki dan negara lain di Eropah hasil kerjasama dengan sebuah syarikat di Istanbul.

“Sangat luar biasa sebab mereka di luar negara terkejut dengan koleksi kami. Mereka tidak biasa dengan tudung segera. Jadi bila kami persembahkan, mereka anggap ia ajaib dan automatik.

“Apa yang mereka pakai, tudung panjang yang perlu dililit dan banyak pin. Mereka tidak biasa melihat tudung berhias dan berkelipan. Mereka biasa dengan tudung kosong dan dililit saja.
“Produk kami baru bagi mereka dan satu inovasi dalam industri. Kita rasa Malaysia tertinggal tetapi tidak, kita maju dan moden berbanding mereka daripada segi inovasi,” katanya.

1 comment: