Wednesday, June 22, 2016

ADUN disuruh jelas ‘kemana lagi orang Melayu akan membawa diri’

 | June 21, 2016
Exco Dr Afif Bahardin mahu Adun Bertam Shariful Azhar Othman menjelaskan kenyataannya kepada para pelajar di Politeknik Seberang Prai baru-baru ini.
afif-bahardin
GEORGE TOWN: Seorang Adun Umno diminta menjelaskan kenyataannya yang seolah mengatakan tiada tempat untuk orang Melayu di Pulau Pinang di masa akan datang.

Adun Bertam Shariful Azhar Othman didakwa membuat kenyataan itu kepada sekumpulan pelajar di Politeknik Seberang Prai Jumaat lepas.
Exco Dr Afif Bahardin berkata rakaman ucapan Adun itu ada dalam simpanannya.

Beliau amat bimbang akan motif Shariful dan kesan kenyataannya keatas pemikiran belia.
“Sekiranya beliau membuat kenyataan itu, maka beliau perlu menjelaskan apa yang dimaksudkan.”
“Kita tidak rancang untuk mengambil tindakan sehingga kita terima penjelasan daripada beliau,” kata Afif kepada pemberita dalam sidang media di Komtar hari ini.

Kemudian, Afif menyerahkan transkrip ucapan perasmian Shariful di Program Pembinaan Kapasiti Graduan Pulau Pinang di politeknik itu.

Shariful hadir selaku Pengerusi Kumpulan Sasaran Pembangunan Modal Insan Bumiputera Pulau Pinang.

Dibawah adalah transkrip ucapan yang dikaitkan pada Shariful, seperti yang disediakan oleh Afif:

“Tidak nampak seronok dengan perpecahan dan sebagainya. Di Pulau Pinang, sebagai contoh yang terbaik, kampung-kampung Melayu sudah tidak ada. Pembinaan rumah-rumah yang berkos tinggi di Pulau Pinang menyebabkan semua orang Melayu datang ke Seberang Prai.”

“Benda ini mungkin berlanjutan sehingga akan berlaku isu yang sama, iaitu pembinaan rumah-rumah yang berkos tinggi di Seberang Prai juga pada masa akan datang.”
“Kalau perkara ini terjadi, kemana lagi orang-orang Melayu akan membawa diri? Ke mana lagi arah tuju mereka? Jadi, saya mohon sangat sangat kepada anak anak Pulau Pinang ini berfikiran matang.”

“Walau kita berbeza sokongan parti, contohnya bapa kita mungkin menyokong PKR tetapi kita mungkin sokong parti lain tetapi kita sebagai pelajar perlu berbalik kepada bapa kita dan fikir kembali mengenai masa depan orang Melayu itu sendiri, di Tanah Melayu sendiri, di sesebuah negara yang ditadbir selama in oleh Raja-raja yang berbangsa Melayu.”

“Namun dengan perkara ini adakah kita seronok dengan pengakhiran yang sebegini?”

No comments:

Post a Comment