Monday, June 20, 2016

Amanah: Terima kasih Tun Mahathir!

Amanah: Terima kasih Tun Mahathir!
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) melahirkan kekesalan atas tindakan sesetengah pihak yang menyerang dan menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti dari dunia politik susulan tindakan beliau berkempen untuk calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu.

Naib Presidennya Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, pihak tersebut tidak memahami antara tuntutan politik kepartian dengan politik kenegaraan.
“Tun Mahathir tidak berkempen untuk menangkan Umno-BN atau Amanah-Pakatan Harapan tetapi beliau berkempen untuk 'Selamatkan Malaysia' yang kami komited untuk lakukan dalam manifesto PRK kami.

“Saya bagi pihak seluruh jentera Amanah amat menghargai usaha Tun Mahathir dan isteri serta pasukan Deklarasi Rakyat yang berganding bahu bersama untuk Selamatkan Malaysia dalam kempen PRK baru-baru ini. Terima kasih Tun Mahathir!” katanya dalam satu kenyataan.

Pada kempen PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Mahathir turun berkempen bagi calon Amanah, Azhar Abdul Shukur namun kemenangan berpihak kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi dengan majoriti undi yang besar.

Menurutnya, meskipun BN menang dalam kedua-dua PRK itu, namun Tun Mahathir tidak gagal.
“Walaupun BN menang, Pas dan Amanah masing-masing seri dalam meraih tempat kedua, ia bukan bermakna Tun Mahathir telah gagal dan suaranya tidak digeruni lagi.
“Tetapi hakikatnya ialah Malaysia memerlukan reformasi politik menyeluruh dengan pemikiran politik kepartian dan kenegaraan yang segar dan baru,” katanya.
Beliau turut menyifatkan kempen PRK kali ini unik dalam sejarah susulan penglibatan bekas Perdana Menteri itu.

“Bukan mudah untuk mantan Presiden Umno berbuat demikian, walaupun Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman pernah berkempen atas pentas Angkatan Perpaduan Ummah (APU) satu ketika dahulu atas nama mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden Umno.

“Tun Mahathir telah membuktikan ‘negara dahulu’ adalah prinsip yang perlu diperjuangkan. Walaupun satu ketika kepimpinannya penuh dengan kontroversi dan ramai yang masih mengingatinya, namun saya yakin beliau telah cuba membawa dirinya 'above politics' dalam menghabiskan masa rehatnya,” katanya

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete