Wednesday, June 22, 2016

Cepatkan PRU14 bukan jalan terbaik

Suasana pilihan raya
Gambar hiasan
SHAH ALAM – Kemenangan BN pada PRK kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan kayu ukur terbaik untuk mempercepatkan PRU14.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, BN perlu berhati-hati dalam membuat percaturan kerana pihak lawan juga sudah pasti mengkaji semula strategi mereka.

“Idea (PRU lebih awal) itu perlu dipertimbangkan sewajarnya jika kerajaan turut memiliki hasrat sama. Sudah pasti pembangkang melakukan post-mortem secara terperinci bagi memperkuat sokongan rakyat di kawasan yang telah mereka menangi sebelum ini, tidak mungkin mereka mahu melepaskannya begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mahu BN memanfaatkan momentum sokongan rakyat dari kemenangan kedua-dua buah PRK lalu dengan mengadakan PRU lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Menurutnya,  walaupun parti pembangkang dihantui isu perpecahan dan perbalahan, namun mereka pasti akan mencari segala cara untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi bagi menentang BN.

“BN  perlu ingat kedua-dua kawasan parlimen yang dimenangi adalah kawasan mereka sendiri. Kawasan terlibat juga merupakan kawasan sub-urban (pinggir bandar) di mana rakyat masih setia dan bergantung pada janji-janji pembangunan dari kerajaan.

“Berbeza dengan realiti sebenar di mana sokongan rakyat di kawasan urban terhadap BN masih belum diuji dan perlu dipastikan dahulu kerana sebelum ini pun BN kalah banyak kawasan bandar,” katanya.

No comments:

Post a Comment