Monday, June 6, 2016

Hadi nafi PAS rancang untuk kalah dalam dua PRK

Malaysiakini 5/6/16
PAS menolak spekulasi sesetengah pihak bahawa ia sengaja bertanding untuk mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan melakukan sedaya upaya untuk mengalahkan calon BN dalam kedua-dua PRK berkenaan.

"DAP yang beri jalan kepada BN, sebenarnya dia beri jalan kepada BN untuk pecah undi supaya tak undi PAS," kata beliau ketika berada di pusat penamaan calon PRK Kuala Kangsar.
"(Jika) kita (PAS) tak tanding, kita beri BN jalan untuk menang. Kita mesti bertanding, yang boleh lawan BN ialah PAS, bukan PAN (AMANAH). Mengapa DAP pergi sokong PAN?," soalnya.

PAS yang bertanding dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu, katanya, tidak akan memberi laluan mudah kepada BN.
Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan beberapa pihak yang merasa ragu-ragu jika PAS serius untuk bertanding dalam dua PRK itu.

Apabila ditanya sama ada PAS akan memberikan Umno kemenangan mudah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata awal hari ini bahawa semua orang mempunyai jawapan
untuk itu.

Pada sidang akhbar selepas itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menyelar Lim kerana tidak bersikap seperti seorang negarawan yang matang.

Ahli parlimen Bukit Gantang itu mendakwa DAP lebih banyak menyerang PAS dan menakutkan orang Melayu.
Mereka tidak akan memegang apa-apa kuasa, sama ada di peringkat persekutuan atau di Perak sekiranya bersikap sedemikian, katanya.
Sambil menyokong komen Hadi, beliau menyamakan pertandingan pelbagai penjuru akan memberi kelebihan kepada Umno untuk menang dalam dua PRK berkenaan.

Beliau juga berkata satu undi untuk calon AMANAH di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah satu undi untuk DAP.

No comments:

Post a Comment