KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan
menyiasat dakwaan syarikat pengendali televisyen berbayar, Astro
Malaysia Holdings Berhad (Astro), mengenakan caj dan penalti tersembunyi
kepada pelanggannya.
Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, sebarang tindakan
yang diambil syarikat itu terikat dengan terma dan syarat-syarat ketika
mendapat lesen operasi.
"Kita memang siasat aduan yang diterima, dari masa ke semasa kita
berbincang dengan pihak Astro. Apa yang Astro lakukan mestilah terikat
dengan syarat-syarat, bila kita beri lesen, kita beri syarat, jika
mereka langgar syarat lesen sudah tentu tindakan boleh diambil,"
katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan rangkaian jalur
lebar baharu, 'Yes 4G LTE' oleh syarikat penyedia perkhidmatan, YTL
Communications Sdn Bhd., di sini hari ini.
Salleh berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang pelanggan
syarikat berkenaan yang memuat naik status di laman sosial Facebooknya
mendakwa dikenakan caj penalti yang tinggi oleh Astro jika mahu menukar
pakej dan menamatkan kontrak bersama penyedia saluran televisyen
berbayar itu.
Status dimuat naik 'Sephia Mhd Bhrm' yang mendakwa dikenakan notis
bayaran untuk pakej sukan naik sebanyak RM8 dan apabila beliau ingin
menamatkan langganan, beliau dikenakan bayaran sebanyak RM360.
Beliau berkata, caj itu termasuk RM200 untuk penalti; RM88 (bil bulanan) dan RM70 untuk satu bulan notis.
Status berkenaan dikongsi oleh lebih 21,000 pengguna laman sosial Facebook.
Salleh berkata, pengguna bagaimanapun mempunyai hak sama ada untuk
menggunakan khidmat yang disediakan stesen televisyen berbayar itu atau
tidak.
Hadir sama di majlis itu, Pengerusi YTL Corporation Berhad, Tan Sri Dr
Yeoh Tiong Lay dan Pengarah Urusannya, Tan Sri Dr Francis Yeoh. –
Bernama
No comments:
Post a Comment