“Mereka kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.”
PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang melahirkan rasa tidak berpuas
hati selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.
Mengecam penangkapan Guan Eng sebagai dwi-standard, Exco Hal Ehwal
Islam Pulau Pinang juga percaya kejadian hari ini bermotifkan politik.
“Ini semua kerja Barisan Nasional (BN) dan Umno,” kata Abdul Malik
Abul Kassim, “Mereka kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk
mata tak nampak.”
Dalam kejadian hari ini, anggota SPRM dan polis kelihatan seperti mengepung bangunan Komtar dan menahan Guan Eng di pejabatnya.
Menurut Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Lim Guan Eng
ditahan dibawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan,
dipercayai berkaitan tanah pertanian dan pembelian banglo di Jalan
Pinhorn.
“Kita rasakan ini satu serangan daripada BN untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH),” ujar seorang lagi Exco, Dr Afif Bahardin.
“Kita tak tahu apa siasatan yang dibuat SPRM….macam (kontroversi wang
derma) RM2.6 bilion (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sudah
mengaku tetapi tiada dakwaan sampai sekarang.
“Ini pendakwaan terpilih, pada saya. Apa yang kita tahu dalam kita bekerja, kita faham keadaan dan dugaan yang dihadapi.”
No comments:
Post a Comment