Saturday, July 30, 2016

'Yakin BN kalah dua negeri PRU depan'

Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie ketika menyampaikan ceramah pada Program Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia di Karangan, malam tadi.
 
KULIM - "Kali ini saya penuh yakin Umno-BN akan kalah di peringkat Negeri Kedah pada PRU akan datang, Insya-ALLAH,"demikian kata bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  pada program Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia di Karangan, malam tadi.
Malah, beliau berkata Sabah juga akan mengikut jejak langkah negeri ini yang akan bertukar kerajaan pada PRU depan.

"Dulu saya pernah jadi pengerusi perhubungan Umno di Kedah saya sudah jelajah kampung-kampung di sini,  saya penuh yakin kita akan ambil balik dari BN, bukan setakat Kedah Insya ALLAH dengan kudrat yang kita ada akan ambil alih Sabah daripada BN.

"Payung Umno sudah rosak bukan lagi melindungi bangsa melindungi agama tapi perjuangan untuk melindungi Datuk (Seri) Najib Razak," ktanya.
Beliau juga menyeru supaya rakyat tidak mensia-siakan kuasa yang ada untuk  membuang undi pada nanti.
"Saya sedar rakyat tak ada duit tapi saya sedar kuasa yang ada pada rakyat digeruni ditakui oleh pimpinan termasuk  Najib.

"Bila menjelang pilihan raya saja pemimpin tak boleh tidur pusing kampung bagi bantuan sehingga jam dua atau tiga pagi, kenapa sebab nak dapat undi daripada anda semua,"katanya.
Katanya lagi, untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama rakyat perlu memilih dan mengundi parti baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

"Terjemahkan kehadiran kepada pilihan raya ini, jangan jual kuasa undi gunakan untuk anak bangsa kita nanti kerana parti ini akan membela anak bangsa dan agama kita,"katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie juga turut menerangkan selepas melepaskan jawatan di dalam Umno membolehkannya kembali berjuang untuk rakyat, agama dan bangsa.
"Ketika saya digantung, saya rasa bersama dengan Unmo saya tak boleh bernafas, jadi bila saya keluar Umno baru boleh bernafas.

"Bukan setakat itu saya juga rujuk kepada seorang ulama yang ada di Masjid Nabawi ketika mengerjakan Umrah, saya jelaskn semua kepadanya yang berlaku slps itu ulama beritahu pada saya kemungkaran dan kezaliman perlu dibanteras,"katanya

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete