Saturday, August 13, 2016

Betulkah Bersatu didakwa parti perkauman

Sinar Harian
 Namewee tiada dalam negara
Gambar Hiasan.
PRESIDEN MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mementingkan Bumiputera boleh menjejaskan perpaduan antara kaum, lapor Sin Chew Jit Poh.

"Walaupun MCA adalah parti perkauman, tetapi kami adalah sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan pelbagai kaum. MCA telah bekerjasama dengan pelbagai parti seperti Umno dan MIC yang membuktikan MCA adalah sebuah parti yang bersifat kesederhanaan," katanya.

Menurutnya, Bersatu sukar bekerjasama dengan semua parti pembangkang kerana kedua-dua pihak tidak mempunyai sebarang persefahaman dan perjuangan yang berbeza antara satu dengan lain.
Beliau berkata, parti itu hanya mengutamakan Bumiputera dan pribumi manakala kaum lain hanya dibenarkan menjadi ahli bersekutu sahaja.

"Cara ini tidak sedikit pun dapat membantu menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan klip video pendek 'Dare to Dream'  yang dianjurkan Biro Publisiti MCA.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan pendirian MCA tetap menolak pelaksanaan hukum hudud apabila bakal dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang.

"RUU persendirian yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah hukum hudud. MCA tidak melakukan kesilapan ketika mentafsirkan undang-undang Islam ini.
"Kami tidak anti Islam dan undang-undang Islam, tetapi kami bantah RUU Abdul Hadi kerana ia boleh melanggari Perlembagaan Persekutuan," katanya.

No comments:

Post a Comment