Monday, August 8, 2016

Kerajaan batal 68 pasport rakyat Malaysia

Sinar Harian
Pasport Malaysia
Gambar hiasan
KUALA SELANGOR - Kerajaan telah membatalkan 68 pasport rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan Daesh di negara-negara terlibat dengan militan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.   

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pembatalan itu berkuat kuasa dua minggu lalu selepas mendapat arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Daripada maklumat perisikan, pasport rakyat Malaysia yang terlibat (dengan Daesh) telah diarah untuk dibatalkan, jadi mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan lagi sebagai warganegara Malaysia.

"Jika mereka pulang ke negara ini, tindakan perundangan akan diambil terhadap mereka mengikut Akta Imigresen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim dan Ketua‎ Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Ishak Haron. - Bernama

No comments:

Post a Comment