10/8/16
KOTA TINGGI - "Kaki saya menggigil bila nampak kepala orang dihadapan
pintu rumah,"kata Abdul Wahid Sadiman, 50 jiran kepada nenek di Felda
Pengeli Timur yang menjadi mangsa bunuh cucu sendiri petang semalam.
Menceritakan detik-detik kejadian tersebut, Abdul Wahid berkata,
kira-kira jam 6 lebih dia bersama keluarga sedang makan di rumah sebelum
dikejutkan dengan bunyi riuh rendah dari rumah sebelah.
Katanya, ketika itu dia terdengar bunyi orang menjerit menyuruh orang didalam rumah berkenaan buka pintu.
"Kami yang sedang menjamu selera terhenti seketika apabila terdengar
bunyi bising itu. Tidak berapa lama kemudian suasana menjadi senyap dan
kami yang tidak tahu apa berlaku terus menyambung makan seperti biasa.
"Beberapa minit kemudian keadaan kembali kecoh. Apabila menjengah ke
luar rumah saya lihat suspek yang masih memegang pisau sedang bergelut
dengan bapanya sebelum suspek melarikan diri. Sebaik sahaja menjengah ke
rumah mangsa saya ternampak kepala mangsa di pintu rumah dengan darah
yang banyak,"katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya dekat sini
hari ini.
Tambahnya, dia yang terkejut dengan kejadian tersebut terus memaklumkan kepada ketua blok dan jiran-jiran terdekat.
Bagi Pinah Mustajab, 66 pula berkata, kali terakhir dia berjumpa mangsa
pada Sabtu lalu ketika rewang majlis kenduri perkahwinan di bloknya.
Katanya, dia tidak menyangka jirannya itu yang merupakan seorang lemah lembut dan disenangi akan ditimpa nasib sedemikian
No comments:
Post a Comment