Sunday, August 21, 2016

PERKASA, pemberontak Umno mahu ambil alih BERJASA

20/8/16

Parti serpihan PAS yang dikenali Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) mendakwa NGO pro-Melayu, PERKASA sedang berikhtiar bersama pemberontak Umno yang berkait dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengambil alih parti itu.

Urusan tersebut, pada mulanya, direstui oleh pengerusi BERJASA yang kemudiannya digantung daripada parti.
Bagaimanapun, rundingan menemui jalan buntu setelah Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) BERJASA menolak tawaran berkenaan dengan mendakwa ia tidak memenuhi kepentingan parti.

Ini disusuli dengan keputusan untuk menggantung pengerusinya dan merujuk beliau kepada jawatankuasa disiplin parti.

Pemangku Pengerusi BERJASA, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut mengaitkan Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali telah menghubungi beliau untuk berunding perkara itu sekitar Julai yang lalu di sebuah restoran di Selayang.

"Wakil PERKASA (Syed Hassan) menyatakan bahawa mengikut senario politik semasa dengan beberapa pemimpin negara dipecat, suatu platform perlu diwujudkan untuk meneruskan perjuangan mereka.
"(Syed Hassan) mengatakan pihaknya berharap BERJASA boleh menyerahkan partinya kepada kepimpinan baru bagi membolehkan mereka sertai BERJASA selain menukar nama dan perlembagaan parti," dedah Mustapa.

Ditanya sama ada 'pemimpin negara' itu merujuk kepada Muhyiddin , bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir, Mustapa berkata: 'Ya.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete