Tuesday, August 23, 2016

Saya isytihar harta tak pernah diugut penjenayah, kata Rafizi

Malaysiakini 23/8/16
Pengisytiharan harta oleh seseorang pemimpin tidak menjadikan keluarga mereka sasaran penjenayah, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Naib Presiden PKR itu berkata beliau sendiri tidak pernah diugut penjenayah meskipun mengiystiharkan hartanya kepada umum tahun lalu.

Katanya, alasan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa tindakan itu mengundang jenayah tidak dapat diterima dan menunjukkan menteri wilayah persekutuan itu bimbang jumlah hartanya diketahui umum.

“Alasan yang diberikan Tengku Adnan mengenai risiko keselamatan adalah tidak masuk akal.
“Sebenarnya beliau takut dengan rakyat kerana beliau tidak berani untuk memperincikan harta dan sumbernya seperti yang saya buat tahun lalu.
“Saya tidak pernah diugut atau sesiapa dari keluarga saya menerima ancaman kerana penjenayah tahu saya tidak berduit,” kata Rafizi dalam kenyataan medianya.

Sebaliknya Rafizi berkata pengiystiharan harta dapat membantu wakil rakyat menjalani kehidupan yang lebih aman dan selamat.
Bahkan katanya, beliau sendiri menerima lebih banyak sumbangan daripada orang ramai yang memahami beban kerjanya selepas mengiystiharkan harta.

“Dari masa ke semasa ada sahaja orang biasa yang datang ke pusat khidmat untuk menderma kerana mereka simpati dengan kedudukan kewangan saya dan keluarga.
“Saya jarang mendapat permohonan tajaan kerana semua orang tahu saya tidak berduit,” kata Rafizi.

Rafizi tahun lalu mengisytiharkan aset bersih dimilikinya bernilai RM1.56 juta dan hutang sebanyak RM395,937.
Baru-baru ini, Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno berkata, beliau tidak akan membuat pengisytiharan harta kepada umum kerana bimbang keluarganya menjadi sasaran penjenayah.

Bekas ahli perniagaan itu berkata, ada pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika aset dimilikinya diumumkan secara terbuka.
Antara risiko yang dibimbangi Tengku Adnan ialah kemungkinan isteri atau anaknya akan menjadi sasaran penculik.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete