Gerakan khususnya di Pulau Pinang selama ini dibelenggu pertengkaran
dalaman dan serangan peribadi berhubung pembahagian kerusi dan senarai
calon.
Dan terbaru, timbalan setiausaha agung parti itu, Dr Thor Teong Gee
melepaskan semua jawatannya dan mendakwa pengerusi negeri Oh Tong Keong
mencemarkan nama baiknya.
Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Thor berkata dirinya
dipersalahkan kerana masalah mengenai senarai calon bahagian Jelutong.
Thor mendakwa beliau melepaskan kerusi Sungai Pinang kepada Oh untuk
bertanding tetapi beliau bagaimanapun mengkritiknya dan menjejaskan
reputasi politiknya.
"Saya berasa sedih, kecewa dan terguris dengan tindakannya yang berniat jahat.
"Saya sentiasa percaya bahawa perkara berkenaan parti tidak perlu
dibawa kepada orang ramai kerana ini tidak membantu menyelesaikan
sebarang masalah dan isu yang dihadapi oleh rakyat.
"Bagaimanapun, serangan berulang-ulang kali meninggalkan saya dengan
tiada pilihan tetapi untuk mempertahankan integriti saya secara
terbuka," katanya.
Thor mengulas laporan China Press semalam di mana Oh berkata bahawa
penyelaras kawasan pilihan raya untuk Sungai Pinang masih belum
dimuktamadkan.
Menurut akhbar harian berbahasa Cina, Oh menyebut tiga sebab mengapa
Gerakan bahagian Jelutong menolak dan enggan mencalonkan Thor sebagai
penyelaras Sungai Pinang.
Menurut Oh antara sebab itu adalah "kadar ketidakhadiran mesyuarat bahagian" yang tinggi
No comments:
Post a Comment