Thursday, September 29, 2016

Keterangan saksi bercanggah laporan polis

Sinar Harian
28 September 2016
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan keterangan pemilik kenderaan pacuan empat roda, yang digunakan untuk melanggar kereta Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya dijumpai di Subang Jaya, bercanggah dengan laporan polis yang dibuatnya. 

Oleh itu, Hakim Datuk Azman Abdullah berkata mahkamah perlu mendapatkan penjelasan daripada S.Yogeswari, 37, iaitu saksi pendakwaan ke-37 dalam perbicaraan kes bunuh itu.
Laporan polis itu dibuat oleh Yogeswari kepada Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim Inspektor M. Vasu pada 27 September 2015.

Hakim Azman kemudian menyoal Yogeswari, yang merupakan tukang jahit, berhubung perkara itu dalam prosiding mencabar kebolehpercayaan keterangan saksi.

Hakim Azman: Dalam keterangan di mahkamah semalam, kamu beritahu tiap-tiap malam (dalam tempoh 2 Ogos 2015 sehingga 11 September 2015) kereta itu dibawa oleh seorang lelaki bernama Selvam dan disimpan di rumah kamu. (Tetapi) laporan (polis) menyatakan kereta tersebut tidak ada di rumah. Kenapa ada percanggahan dan perbezaan?

Yogeswari: Kadang-kadang dalam tempoh itu kereta itu ada dalam kawalan saya dan Selvam, saya tidak pasti tarikh mana dia (Selvam) simpan.
Hakim Azman: Sekarang macam mana, bukan tiap-tiap malam Selvam hantar (kereta)?

Yogeswari: Tiap-tiap malam kereta tersebut berada di rumah saya.
Hakim Azman: Jadi keterangan itu (dalam laporan polis) tak ditulis dengan betul?

Yogeswari: Ya.
Hakim Azman kemudian memutuskan untuk memanggil semula Inspektor Vasu yang merupakan saksi pendakwaan ke-36 untuk memberi keterangan esok.
Terdahulu, Hakim Azman menerima keterangan Yogeswari berhubung tempoh beliau mengenali Selvam untuk urusan jual beli kenderaan itu.
Hakim Azman: Semalam (dalam keterangan di mahkamah) awak beritahu mengenali Selvam selama tiga minggu.

Yogeswari: Ya.
Hakim Azman: Saya rujuk keterangan awak kepada polis, awak mengenali Selvam selama lima bulan melalui adik yang telah meninggal dunia. Jadi, ada percanggahan di situ. Mahkamah nak dengar penjelasan awak, kenapa ada berlaku percanggahan ini, lima bulan dan tiga minggu?

Yogeswari: Sebab saya tidak berapa ingat.
Hakim Azman: Yang (keterangan) mana betul? Yang awak bagi kepada polis?
Yogeswari: Mengikut keterangan pada polis yang betul.

Enam lelaki - G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.
Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete