Lim berkata, kerajaan sepatutnya melaksanakan
cadangan membina kediaman dan menawarkan sewa rendah kepada belia bujang
terlebih dahulu, bukan menguar-uarkannya.
PETALING
JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor diingatkan tidak menabur janji kosong, sebaliknya kerajaan perlu
membina kediaman dan menawarkan sewa rendah kepada belia bujang terlebih
dahulu, kata ahli Parlimen DAP Segambut.
“Menteri Barisan Nasional (BN) jangan nak cakap kosong sahaja.
Pengumuman ini saya sudah dengar sejak 8 tahun lepas, sebelum Tengku
Adnan menjadi menteri Wilayah Persekutuan.
“Tengku Adnan umum akan buat perubahan untuk anak muda, terutama
golongan berpendapatan rendah. Tetapi, sebuah rumah (kos rendah) di
Segambut langsung tidak ada. Walaupun pengumuman dibuat, tetapi satu
batu bata pun tidak ada.
“Kita menyambut baik, tetapi janji tidak dikotakan. Jangan janji
tinggal janji. Walaupun baik untuk masyarakat, tetapi tidak
dilaksanakan,” kata Lim Lip Eng kepada FMT hari ini.
Semalam, Tengku Adnan mengumumkan cadangan mewujudkan kediaman dengan
kadar sewa rendah RM50 hingga RM80 sebulan, khusus buat golongan belia
bujang berpendapatan rendah di ibu kota.
Beliau berkata, kerajaan bercadang membina rumah berkeluasan 650 kaki
persegi setiap unit yang dilengkapi 5 bilik, tandas dan ruang makan,
selain berdekatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT).
Sementara itu, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong
menyambut baik cadangan itu dan berharap ia dapat dimulakan segera.
“Itu berita baik dan kita mengalu-alukan. Tetapi, sampai sekarang
belum dapat apa-apa secara rasmi. Jadi kalau benar, kita harap boleh
mula projek dengan cepat,” katanya.
Pilihan Raya 14 dh dekat ini lah masa nye BN menabur Janji Capati pada anak anak Muda yang ramai berpihak pada PH.semoga Anak anak Muda tidak termakan Dedak janji BN
ReplyDeletePilihan Raya 14 dh dekat ini lah masa nye BN menabur Janji Capati pada anak anak Muda yang ramai berpihak pada PH.semoga Anak anak Muda tidak termakan Dedak janji BN
ReplyDeleteBetul tu..lagi satu janji nak turun harga kereta, janji tinggal janji..pooooraaaahhhh!!!!!
ReplyDelete