Friday, October 14, 2016

DAP: Jangan cakap kosong, BN janji sewa murah 8 tahun lalu

FMT | October 14, 2016
Lim berkata, kerajaan sepatutnya melaksanakan cadangan membina kediaman dan menawarkan sewa rendah kepada belia bujang terlebih dahulu, bukan menguar-uarkannya.
Lim-Lip-EngPETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diingatkan tidak menabur janji kosong, sebaliknya kerajaan perlu membina kediaman dan menawarkan sewa rendah kepada belia bujang terlebih dahulu, kata ahli Parlimen DAP Segambut.

“Menteri Barisan Nasional (BN) jangan nak cakap kosong sahaja. Pengumuman ini saya sudah dengar sejak 8 tahun lepas, sebelum Tengku Adnan menjadi menteri Wilayah Persekutuan.

“Tengku Adnan umum akan buat perubahan untuk anak muda, terutama golongan berpendapatan rendah. Tetapi, sebuah rumah (kos rendah) di Segambut langsung tidak ada. Walaupun pengumuman dibuat, tetapi satu batu bata pun tidak ada.
“Kita menyambut baik, tetapi janji tidak dikotakan. Jangan janji tinggal janji. Walaupun baik untuk masyarakat, tetapi tidak dilaksanakan,” kata Lim Lip Eng kepada FMT hari ini.

Semalam, Tengku Adnan mengumumkan cadangan mewujudkan kediaman dengan kadar sewa rendah RM50 hingga RM80 sebulan, khusus buat golongan belia bujang berpendapatan rendah di ibu kota.

Beliau berkata, kerajaan bercadang membina rumah berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit yang dilengkapi 5 bilik, tandas dan ruang makan, selain berdekatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Sementara itu, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong menyambut baik cadangan itu dan berharap ia dapat dimulakan segera.
“Itu berita baik dan kita mengalu-alukan. Tetapi, sampai sekarang belum dapat apa-apa secara rasmi. Jadi kalau benar, kita harap boleh mula projek dengan cepat,” katanya.

3 comments:

  1. Pilihan Raya 14 dh dekat ini lah masa nye BN menabur Janji Capati pada anak anak Muda yang ramai berpihak pada PH.semoga Anak anak Muda tidak termakan Dedak janji BN

    ReplyDelete
  2. Pilihan Raya 14 dh dekat ini lah masa nye BN menabur Janji Capati pada anak anak Muda yang ramai berpihak pada PH.semoga Anak anak Muda tidak termakan Dedak janji BN

    ReplyDelete
  3. Betul tu..lagi satu janji nak turun harga kereta, janji tinggal janji..pooooraaaahhhh!!!!!

    ReplyDelete