Beliau tidak faham mengapa kerajaan Kelantan mahu
menyalahkan pihak lain mengenai isu Orang Asli sedangkan ia sudah
berlarutan sekian lama.
PETALING
JAYA: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini dicabar mendedahkan dalang
yang menghasut Orang Asli berhubung isu pembalakan berhampiran kawasan
penempatan masyarakat itu di Gua Musang.
Peguam dan aktivis Siti Kasim berkata, beliau menyedari timbalan
menteri besar Kelantan itu ada menyenaraikan namanya tetapi timbalan
menteri besar itu seharusnya membuktikan beliau dalang dimaksudkan.
“Kalau dalang itu hanya memberi nasihat kepada Orang Asli tentang
hak-hak mereka, adakah itu salah? Sepatutnya tak payah orang lain bagi
tahu tentang hak-hak Orang Asli.
“Sepatutnya kerajaan negeri kena jaga rakyatnya. Kenapa pula orang
lain nak beritahu apa yang mereka perlu buat dari segi hak kalau ditekan
dan kehidupan mereka terganggu? Kenapa orang lain perlu beritahu?”
katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Amar baru-baru ini
yang menyatakan isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan Orang Asli
di Gua Musang dapat diselesaikan dengan baik, jika tiada dalang
menghasut masyarakat itu.
Amar berkata, kerajaan negeri sedang meneliti beberapa laporan
berkaitan isu itu, hasil perbincangan dengan beberapa laporan berkaitan
isu itu hasil perbincangan dengan beberapa agensi berkaitan termasuk
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Siti menambah, beliau tidak faham mengapa Kelantan mahu menyalahkan
pihak lain mengenai perkara terbabit kerana isu itu berlarutan sekian
lama.
“Orang Asli dah lama dah (nak) jumpa mereka (kerajaan negeri)
berbincang tentang masalah mereka. Dah bertahun. Bila dah jadi (isu)
besar, dah kena tekanan daripada rakyat jelata, baru mereka nak sedar?”
katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri seharusnya menjaga kebajikan rakyat dan
pasti mereka tidak akan merungut sekiranya mempunyai kehidupan yang
baik.
Berita berkaitan
KOTA BHARU: Isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang dapat diselesaikan dengan baik, jika tiada dalang menghasut masyarakat itu, kata timbalan menteri besar Kelantan.
Berita berkaitan
Isu pembalakan boleh selesai tanpa dalang hasut Orang Asli, kata Amar
Amar berkata, kerajaan negeri masih meneliti rasional
tindakan Orang Asli menghalang pengeluaran balak dari HSK Balah yang
mungkin didalangi pihak tertentu kerana aktiviti pembalakan di kawasan
itu berjalan lancar sejak 30 tahun lalu.
KOTA BHARU: Isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang dapat diselesaikan dengan baik, jika tiada dalang menghasut masyarakat itu, kata timbalan menteri besar Kelantan.
No comments:
Post a Comment