Zuhairi berkata, hudud tidak terkandung dalam Piagam Madinah, yang ada ialah kasih sayang, keamanan dan ihsan.
KUALA
LUMPUR: Piagam Madinah yang sepatutnya menjadi contoh utama dalam
konsep kenegaraan Islam mementingkan kesaksamaan untuk rakyat berbilang
bangsa dan agama, bukannya pelaksanaan undang-undang syariah, kata
cendekiawan daripada pertubuhan Islam terbesar dunia, Nahdatul Ulama.
Zuhairi Misrawi berkata, Piagam Madinah yang menjadi asas kepada
negara umat Islam pertama itu langsung tidak menyebut hukum hudud.
“Ketika Nabi Muhammad merangka Piagam Madinah, baginda menekankan
keamanan dan kesatuan. Baginda secara terbuka menyebut satu komuniti,
tiada pemisahan antara Islam dan bukan Islam.
“Jika anda membaca piagam itu, anda tidak akan menjumpai hudud,
sebaliknya kasih sayang, keamanan dan ihsan,” katanya ketika berucap
pada “Simposium Keamanan: Hubungan Antara Kerajaan dan Agama” di Hotel
Royale Bintang, hari ini.
Graduan jurusan falsafah Universiti Al-Azhar Mesir itu berkata,
Piagam Madinah adalah satu daripada rujukan untuk prinsip kenegaraan
Indonesia, iaitu Pancasila.
Indonesia yang mempunyai populasi umat Islam teramai di dunia, tidak
mempunyai kementerian khusus mengendalikan agama tersebut, sebaliknya
Jakarta menubuhkan Kementerian Agama untuk menjaga semua agama.
Ia berbeza di Malaysia, apabila Rang Undang-undang Pindaan Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibawakan PAS
bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dianggap
beberapa pihak sebagai permulaan memperkenalkan hudud di negara ini.
Peguam hak asasi, Firdaus Husni berkata, adalah penting merujuk Perlembagaan Persekutuan dalam hubungan agama dan kerajaan.
“Bermula era 1980-an, persaingan parti pemerintah dan PAS menyaksikan
kerajaan membuat pengumuman dan dasar dengan niat – sama ada secara
langsung atau tidak – untuk mendasari aspek pentadbiran, termasuk soal
peribadi masyarakat beragama Islam, berpandukan prinsip Islam yang
ditafsir kerajaan.
“Persoalannya adakah langkah itu yang dilihat ramai sebagai agenda
politik, dilakukan berdasarkan ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan?”
soal pengerusi bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis
Peguam itu.
Beliau memberi contoh pindaan Fasal 1(A) Artikel 121 Perlembagaan
Persekutuan pada 1988 yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang
kuasa Mahkamah Syariah, bagi memisahkan bidang kuasa Mahkamah Syariah
dan mahkamah sivil, tetapi tidak memberikan garis panduan melibatkan
pertindihan bidang kuasa.
“Keputusan Mahkamah Syariah pastinya memberi kesan kepada pihak bukan Islam yang terlibat dalam pertikaian,” katanya.
Antara kes pertikaian seumpama itu ialah perebutan hak penjagaan anak
oleh M Indira Gandhi dan Mohd Ridhuan Abdullah serta S Deepa dan Izwan
Abdullah yang menyaksikan Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil membuat
keputusan berbeza.
Nice article. Love reading it.
ReplyDeleteAssalamulaikum Admin,
DeleteMohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan sekiranya tidak menggangu kelancaran blog tuan.. Blog saya:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my/
Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
Terima kasih.
Assalamulaikum Admin,
DeleteMohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan sekiranya tidak menggangu kelancaran blog tuan.. Blog saya:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my/
Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
Terima kasih.