Ia dicapai dalam mesyuarat membabitkan ahli PKR itu,
Adun BN Dr Juanda Jaya, cendekiawan Rozaimi Ramle dan tiga wakil PAS
termasuk Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan
Dewan Ulama.
PETALING JAYA: PAS digesa mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan
orang Islam yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang (RUU) pindaan
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bukan
kafir mahupun rosak akidah.
Pendakwah Wan Ji Wan Hussin berkata gesaan itu dibuat dalam satu
mesyuarat pelbagai pihak membincangkan isu RUU 355 di Hotel Seri Pacific
Kuala Lumpur semalam.
Wan Ji, yang merupakan ahli PKR, disertai bekas mufti Perlis Datuk Dr
Juanda Jaya, yang juga Adun Jemoreng (BN) dan pensyarah Jabatan
Pengajian Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
Manakala PAS diwakili Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan, yang
juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan,
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali dan
Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Wan
Rohimi Bin Wan Daud.
Menurut Wan Ji, PAS dalam pertemuan itu bersetuju RUU Akta 355
perkara ijtihad (kajian dan tafsiran mengikut akal fikiran), bukannya
syariah.
“Kami jelaskan RUU ini telah mencetuskan gejala takfiri (saling
mengkafirkan) dan mereka (PAS) jelaskan berulangkali sesiapa yang
menolak RUU tidak rosak akidah.
“Malah Takiyuddin dan Nasrudin konsisten berkata mereka sendiri akan
memberikan teguran kepada ahli PAS yang berbuat demikian,” kata Ketua
Biro Agama Pemuda PKR ketika dihubungi.
Takiyuddin hari ini berkata partinya tidak pernah mengkafirkan
sesiapa yang menolak usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya mana-mana ahlinya yang berbuat demikian tidak mewakili parti, dan PAS tidak bersetuju dengan tindakan itu.
Yang Dipertua PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim sebelum ini
berkata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail “jatuh iman” dan
boleh dikuburkan di perkuburan Cina jika menolak RUU itu.
RUU itu dikritik, antaranya oleh Rozaimi sendiri, yang berpendapat
usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak adil kerana
mewujudkan hukuman berbeza antara orang Islam dan orang bukan Islam bagi
kesalahan yang sama, serta had hukuman yang terlalu kabur.
Tersebarnya video cendekiawan itu mendorong PAS untuk mengaturkan
pertemuan dengan Rozaimi, yang diminta membawa beberapa tokoh agama
untuk membincangkan isu RUU 355.
Walaupun Wan Ji mengatakan pertemuan semalam berlangsung dengan baik,
namun timbul isu apabila Wan Rohimi hari ini di Facebook mendakwa pihak
bukan PAS “terkesima” apabila Khairuddin berkata “umat Islam wajib
melaksanakan hudud kerana ia hak Allah”.
Wan Rohimi juga mendakwa Rozaimi hanya mengulangi hujah ketidakadilan dalam kes melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam.
Susulan serangan pasca mesyuarat itu, Rozaimi kini sedang menimbang
untuk menyiarkan rakaman pertemuan tersebut agar orang ramai dapat
mendengar dan menilai perbincangan itu.
ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
ReplyDeleteNO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
0823-9177-2208
saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
Baik punya tajuk ..komen pak alresky atas juga yg berkerja keras..tak kira waktu dan tajuk..hihi..
ReplyDelete