15/11/15
Sebanyak 50 laporan polis akan dibuat di seluruh negara terhadap
Ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kejadian
yang berlaku di Ampang Point Sabtu lalu.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berkata, beliau sendiri membuat
laporan polis ke atas Jamal kerana bertindak kasar terhadap tiga
pengikutnya.
“Laporan polis itu yang mana saya sendiri akan buat. Ia kerana Jamal
telah membuat ugutan dan ancaman kepada anggota-anggota saya yang dia
nak cincang-cincang.
“Jadi dia (Jamal) adalah orang yang berbahaya. Kita ada 50 laporan
yang kita akan buat kerana pengikut saya telah dikasari oleh Baju Merah
pada 13 hari bulan lalu,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Ampang.
Zuraida berkata wakil beliau, antaranya dari Selangor dan Perak akan
membuat laporan berkenaan bagi mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar mengambil tindakan ke atas siri ugutan yang dibuat
Jamal.
Zuraida hari ini turut membuat laporan polis terhadap Jamal dengan ditemani kira-kira 20 penyokongnya yang lain.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Jamal berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang Point.
Kejadian berlaku ketika Jamal bersama kumpulan Baju Merah mengekori
Zuraida yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat
beli-belah itu.
Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak
Zuraida" telah memukulnya. Jamal yang jelas tidak berpuas hati dengan
insiden itu memberitahu akan bertindak balas.
Sementara itu Zuraida turut menyarankan semua pihak agar membuat
laporan polis terhadap ketua bahagian Umno Sungai Besar itu di seluruh
negara.
“Saya menyarankan semua pihak buat laporan polis terhadap keganasan dan kebuasan Jamal ini kerana seolah-olah berleluasa.
"Dia tak puas hati kerana darahnya telah tumpah di Ampang.
“Selama ini di tempat lain dia membuli orang, dia pukul orang tapi di Ampang kebetulan darah dia dah tumpah," katanya.
No comments:
Post a Comment