Tuesday, November 15, 2016

Wakil rakyat desak imuniti diberikan di Parlimen

 | November 15, 2016
Ahli Parlimen Sepang berkata suara wakil rakyat mungkin disekat jika polis mula menyoal siasat mereka susulan isu yang dibahaskan di Dewan Rakyat.
DEWAN RAKYAT
Hanipa-Maidin
KUALA LUMPUR: Hanipa Maidin hari ini sekali lagi berkata wakil rakyat sepatutnya diberikan imuniti Parlimen supaya mereka tidak perlu takut kemungkinan disoal siasat polis ketika membangkitkan masalah rakyat di Dewan Rakuat.

Ahli Parlimen Sepang daripada Amanah itu berkata Dewan Rakyat mempunyai Artikel 63(2) dan 63(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hak wakil rakyat patut dilindungi.

“Tapi saya dengar wakil rakyat Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) disoal siasat polis hari ini. Dia langgar Akta Hasutan kah?
“Saya bimbang suara ahli Parlimen disekat dan menjejaskan hak mereka. Tetapi di bawah Artikel 63 (2) dan 63 (3), wakil rakyat ada imuniti, yang sepatutnya dilindungi,” katanya.

Kemudian, Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Umno-Setiu) berdiri mencadangkan untuk menyemak perlembagaan untuk membenarkan wakil rakyat diberi imuniti, sementara ahli Parlimen hanya boleh didakwa jika kenyataan mereka menghasut.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau menghormati pengasingan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman.
“Ketiga-tiganya, (Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Shafee Apdal) berbahas di Dewan.

“Mereka tidak dihalang berbahas tetapi orang di luar rasa mereka melanggar Akta Rahsia Rasmi atau Akta Hasutan. Jadi mereka dipanggil polis untuk beri keterangan.

“Selepas polis mengambil keterangan mereka, tugas peguam negara untuk membuat keputusan sama ada mereka melanggar akta itu atau tidak. Kemudian baru mereka boleh dibawa ke mahkmaha,” katanya.
Katanya, beliau akan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan “bukan tugas speaker untuk mempertahankan atau menterjemah”.
“Bagi saya, tugas saya ialah memastikan prosiding Dewan berjalan lancar,” katanya.

Selain Muhyiddin, bekas menteri kewangan kedua Husni (Umno-Tambun) juga didakwa melanggar OSA dengan mendedahkan maklumat daripada mesyuarat Kabinet, juga ketika membahaskan Bajet 2017.
Husni dipanggil ke Bukit Aman untuk merekodkan keterangannya, tetapi ditangguhkan.

Ahli Parlimen Semporna, Shafie juga dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung ucapannya baru-baru ini di Parlimen mengenai 1MDB.
FMT

No comments:

Post a Comment