Tuesday, November 29, 2016

Kebakaran Israel berjaya dikawal

Kebakaran Israel berjaya dikawal
Kira-kira 700 kediaman turut rosak dan musnah dalam kejadian kebakaran besar itu. - Foto: AFP
 
TEL AVIV - Kebakaran besar yang berlarutan selama lima hari di tengah dan utara Israel berjaya dikawal, menurut pihak berkuasa, kelmarin.
Jurucakap pasukan bomba, Yoram Levy memaklumkan, tiada kematian dilaporkan dalam insiden itu, namun seramai 122 mangsa dirawat kerana pelbagai kecederaan dan kebanyakannya menerima rawatan kerana terhidu asap tebal.
"Sejak malam Sabtu lalu, situasi menjadi lebih tenang dan tiada kebakaran baharu dilaporkan. Semua lokasi kebakaran telah dikawal dengan bantuan pasukan asing," jelasnya.

Menurutnya, pasukan bomba berjaya mengawal kira-kira 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat, yang mana 20 daripadanya adalah kebakaran besar.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman berkata, 17 daripada 110 insiden kebakaran itu didakwa berpunca daripada perbuatan khianat.
Setakat ini, polis telah menahan 23 suspek yang disyaki ada kaitan dengan kejadian tersebut selain menyoal siasat individu lain. - al-Arabiya
Sinar

No comments:

Post a Comment