Monday, November 7, 2016

Penguin mengamuk lihat 'isteri' curang

Sinar Harian
Penguin mengamuk lihat 'isteri' curang
Sedutan rakaman yang viral di laman sosial.
HAIWAN juga ada perasaan! Seekor penguin bagaikan 'hilang akal' apabila pulang ke sarang dan menjumpai 'sang isteri' bersama penguin jantan lain.
Bagaikan kisah cinta tragik, 'si suami' terus menerkam penguin jantan di situ dan memulakan pergaduhan.

Kedua-dua penguin jantan memukul lawan masing-masing sehingga berlumuran darah selama beberapa minit.
Dalam keadaan berlumuran darah, 'skandal' si isteri pulang ke sarang, sambil sang suami mengekori.

Pergaduhan tercetus lagi di dalam sarang di mana sang isteri hanya melihat tanpa meleraikan pergaduhan kedua-dua penguin jantan berkenaan.
Akhirnya, sang suami mengaku kalah, kelihatan ia seolah-olah mengatakan sesuatu kepada sang isteri, umpama merayu untuk sang isteri menerimanya kembali.

Si isteri bagaimanapun memeluk 'teman lelakinya', menyebabkan si suami berlalu pergi.

Kejadian berkenaan berjaya dirakam dan disiarkan oleh National Geographic malam semalam.

Rakaman tersebut pantas viral di laman sosial, sambil majoriti pelayar terkejut dengan kejadian tersebut.
"Si suami kalah, hilang keluarga, kemudian berlalu pergi. Tidaaakkkkkk!" kata Chieft di Twitter.
"Ini adalah kisah penguin paling menyedihkan saya tonton tahun ini," kata Shayne.
"Si suami merayu kepada si isteri, tetapi si isteri tidak mahu menerima si kalah," tulis Jack.

1 comment:

  1. Ya.. nama hamba kaciwa, isteri hamba bermukah dgn gegala. Hamba cuba melawan tapi tak terdaya. Tlg lah penghulu hantarkan taruna dan aduka... (ayat purba)

    Ya hamba rakyat jelata, ketua hamba si hadi nak bernikah dgn najib durjana. Hamba cuba melawan tapi nak dihumban dalam penjara. Tuanku tlg guna kuasa yg. ada untuk hancurkan mereka kedua (ayat moden)

    Ayat PENGUIN... hahahaa tengok kartun pingu... uk.. uukkk, pom..pommmmmm

    ReplyDelete