Monday, November 7, 2016

Protes jalanan 'jatuhkan' Malayan Union, kata Dr M

Malaysiakini 7/11/16

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan para pengkritiknya bahawa Malaysia hari ini tidak akan wujud tanpa demonstrasi awam terhadap penjajah British.

"Janganlah kita lupa bahawa pada tahun 1946, rakyat dan pemimpin mereka mengadakan tunjuk perasaan menentang perjanjian Malayan Union dan oleh itu, ia dibatalkan.
"Di mana semua orang hari ini jika tiada sebarang demonstrasi ketika itu," ujar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam blognya.

Pengasas Umno, arwah Datuk Onn Jaafar pada masa itu mengetuai pembangkang menentang Malayan Union atas alasan penurunan kuasa Sultan dan syarat-syarat kewarganegaraan kepada pendatang.
Mahathir mengulas kritikan terhadap pendirian beliau sekarang yang menyokong perhimpunan BERISH 5 walaupun keras memberantas perbezaan pendapat sepanjang 22 tahun beliau menerajui negara.

Tambah Mahathir, jika tidak betul untuk bekas pemimpin mengambil bahagian dalam demonstrasi, maka tepat sekali untuk pemimpin semasa menjadi kleptocrat yang dituduh mencuri berbilion-bilion ringgit daripada kerajaan yang menjadi antara dakwaan salah laku.

"Jangan berdemonstrasi. Mengadu kepada ahli Parlimen yang telah disumbat dengan begitu banyak dedak sehingga menjadi pekak dan bisu," jelasnya dalam nada sinis.

1 comment:

  1. Kalau buat protes jalanan masa MahaKutty jadi PM, Memali ke-2 pasti akan berlaku!!

    ReplyDelete