Wednesday, December 14, 2016

Tiga penjuru di Kelantan, tiga penjuru seluruh negara

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari
SHAH ALAM - Pemuda Pas menegaskan, pertandingan tiga penjuru mungkin tidak dapat dielakkan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) tetap berpendirian untuk masuk bertanding di Kelantan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya itu berlaku, senario yang sama akan berlaku diseluruh negara.

"Kita  tegaskan untuk kesekian kalinya, jika Amanah bertanding di Kelantan maka pertandingan tiga penjuru akan kita hadapi di seluruh negara. Pas akan bertanding mana-mana kerusi yang dipilih tanpa mengira ia ditandingi oleh DAP atau PKR!
"Tiga penjuru di Kelantan ialah tiga penjuru di seluruh negara!," katanya dalam satu kenyataannya.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan yang dipetik sebagai berkata bahawa partinya akan masuk bertanding di mana sahaja Pas bertanding.

Sany berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di Konvensyen Amanah di Shah Alam, kelmarin.
Dalam pada itu, Presidennya Mohamad Sabu pula memberi isyarat bahawa mereka akan bertanding di Kelantan bagi mengelakkan BN menang.

4 comments:

  1. Ok la tu. Itu yg PAS selalu laung2kan kan. Lagi pun ini negara demokrasi dan PAS bukannya dr gabungan PH pun.

    ReplyDelete
  2. Tiada masalah bertanding 3 penjuru..
    Cuma nampaknya UMNO / BN akan mengekalkan kerusi dan akan memenangi kerusi yang sekarang ni di sandang oleh pembangkang.
    Apa lah nasib..!
    Malaysia ni masih di perintah oleh Penyamun..!

    ReplyDelete
  3. Gomo dah pemuda parti islam ni..klu pegang bedil..punah malaysia..

    ReplyDelete
  4. Gomo dah pemuda parti islam ni..klu pegang bedil..punah malaysia..

    ReplyDelete