Sinar Harian
BEIJING - CHINA. Seorang wanita China ditahan selepas enggan mematikan
telefon bimbitnya ketika berada di atas pesawat walaupun diberi amaran
beberapa kali oleh krew penerbangan.
Penumpang wanita itu ditahan pihak polis di lapangan terbang Beijing
selepas turun dari pesawat yang dalam penerbangan dari Harbin, kata
Kementerian Kesihatan Awam dalam akaun media sosial.
Rakaman yang dikeluarkan kementerian itu menunjukkan wanita itu bermain tablet komputer dalam pesawat.
Dia kemudian turut dilihat menggunakan telefon bimbitnya selepas krew
penerbangan berulang kali memintanya untuk mematikan alatan berkenaan.
Pesawat yang membawa lebih 100 penumpang bergerak pada ketinggan 3,000
meter apabila wanita itu enggan mematikan peranti berkenaan, menurut
kementerian itu.
Bagaimanapun tempoh wanita itu ditahan atau sama ada dia dikenakan sebarang penalti terhadap tingkah lakunya tidak diketahui.
Banyak syarikat penerbangan mengarahkan penumpang untuk mematikan
peranti mudah alih di atas kepal terbang untuk mengelakkan sistem
komunikasi pesawat terganggu terutamanya semasa berlepas dan mendarat.
Pada bulan Oktober, seorang wanita China juga dari Harbin, ditahan
kerana enggan mematikan telefon bimbitnya ketika di atas kapal terbang,
lapor South China Morning Post.
No comments:
Post a Comment