Friday, January 20, 2017

Gesa tubuh suruhanjaya pantau jual beli aset Felda

Felda
Felda
SHAH ALAM - Pas menggesa kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya bebas bagi memantau cadangan penjualan aset milik Felda.
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas, Naraza Muda berkata, langkah itu penting sejajar dengan cadangan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang akan melaksanakan langkah penjualan asetnya di dalam dan luar negara secara  agresif tahun ini.

"Hal Ehwal Felda Pas mencadangkan agar pihak kerajaan segera membuat penyiasatan terbuka oleh pihak berwajib dan menubuhkan Suruhanjaya bebas diangotai tokoh-tokoh yang diyakini rakyat untuk memantau cadangan penjualan aset ini serta menyiasat setelusnya urusniaga ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Katanya lagi, dalam pada itu pihaknya berharap supaya anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) juga turut disiasat.
"Kami tidak mahu mereka yang menguruskan FIC terlepas dari kesalahan di atas tindakan mereka sebelum ini membuat keputusan pelaburan dan pembelian aset yang menimbulkan masalah.

“Sepertimana disahkan oleh Tan Sri Shahrir  dengan menyifatkan kelemahan tadbir urus itu berpunca daripada 'aset bermasalah' yang kini dimiliki FIC," katanya.

1 comment:

  1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete