Thursday, January 19, 2017

Tentera Nigeria tersilap bedil, 52 maut

Sinar Harian
Tentera Nigeria tersilap bedil, 52 maut
Kebanyakan mangsa adalah pelarian yang melarikan diri daripada kekejaman Boko Haram.
ABUJA -  NIGERIA. Sekurang-kurangnya 52 orang awam terbunuh selepas tentera Nigeria tersilap melancarkan serangan udara menyasarkan sebuah kem pelarian di kawasan timur laut Rann berhampiran sempadan Cameroon.
Kelmarin, Mejar Jeneral Lucky Irabor turut mengesahkan kesilapan itu.

"Lebih 200 orang awam termasuk kakitangan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dan Doctors Without Borders (MSF) turut cedera dalam insiden tersebut," katanya.
Sementara itu, pegawai tempatan memaklumkan pesawat pejuang tentera udara melancarkan serangan itu di bawah operasi untuk membedil kedudukan kumpulan militan, Boko Haram.

Dalam satu kenyataan lain, ICRC memberitahu kesilapan itu telah mengorbankan enam kakitangan warga tempatan manakala 13 lagi cedera.
Beberapa jam kemudian, MSF turut mengutuk serangan udara tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment