Sinar Harian
ALOR SETAR - Umno Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan Pas di
peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata
Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata, bagaimanapun kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.
"Kerjasama yang terjalin seperti dalam misi 'Food Flotilla for
Myanmar' yang berlepas baru-baru ini melambangkan penyatuan ummah di
Malaysia berikutan terdapat wakil Umno dan Pas dalam misi berkenaan,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan Umno Bahagian
Alor Setar di Seri Mentaloon di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata,
pihak pembangkang tiada sebab untuk mempersoalkan pemberian peruntukan
kepada kawasan Parlimen yang diwakili BN di negeri ini.
"Mereka perlu faham bahawa peruntukan yang disediakan itu adalah hanya
untuk ahli Parlimen daripada BN manakala pihak pembangkang perlu mencari
dana atau peruntukan sendiri.
"Malah wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka
terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka," katanya.
- Bernama
"DAH NAK JATUH PAUT JELAH KT PAS YG BENGAP NII"
ReplyDelete