Difahamkan, suspek ditangkap pada jam 2.30 petang tadi di Lapangan Terbang Tawau.
TAWAU:
Polis hari ini menahan seorang doktor gigi di klinik gigi sebuah
sekolah di sini selepas dikatakan mencabul sekurang-kurangnya 5 pelajar
yang mendapatkan rawatan di klinik itu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus ketika mengesahkan
penahanan itu berkata, suspek ditangkap susulan laporan polis yang
dibuat 5 keluarga mangsa.
Polis sedang menjalankan siasatan mengenai perkara ini, katanya ketika dihubungi.
Bernama difahamkan suspek ditangkap pada jam 2.30 petang tadi di Lapangan Terbang Tawau.
FMT
No comments:
Post a Comment