Sultan Johor mengakui pada mulanya tidak mengizinkan
Tunku Ismail bertanding kerusi nombor satu berkenaan dengan menyedari
tugas berkenaan bukannya mudah.

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yakin
anakandanya yang juga Tunku Mahkota Johor mampu mengubah wajah Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) berdasarkan pencapaian meletakkan pasukan
Johor Darul Ta’zim (JDT) di mata dunia dalam tempoh tiga tahun sahaja.
“Dia (Tunku Ismail) memang sangat yakin (dengan kemampuannya). Dia
kata dengan saya, bagi dia satu penggal (untuk menyertai FAM),” titah
baginda.
Pemilihan FAM akan berlangsung sempena Kongres FAM Sabtu depan.
Perebutan kerusi nombor satu menyaksikan pertandingan satu lawan satu
antara Tunku Ismail dan Tan Sri Annuar Musa, yang juga bekas Presiden
P
ersatuan Bola Sepak Kelantan. Dua puluh ahli gabungan akan membuat
pemilihan.
Dipetik BH, Sultan Johor mengakui pada mulanya tidak mengizinkan
Tunku Ismail, yang juga pemilik JDT, bertanding kerusi nombor satu
berkenaan dengan menyedari tugas berkenaan bukannya mudah.
“Saya memang tak kasi (izin) Tunku Mahkota menjadi Presiden (sebab) saya tahu bukan senang kerja ini.”
Baginda seterusnya bertitah, “bila sudah ada, orang mengadap, saya minta semua menerangkan kenapa mahu Tunku Mahkota.”
“Saya bukan bercakap dengan seorang sahaja, sebaliknya 15 ahli gabungan (FAM), setiap orang menyuarakan.”
“Selepas itu saya kata kena tanya anak saya sendiri. Saya panggil
Tunku Mahkota, depan mereka yang ada, saya tanya betul ke mahu dia,
betul ke awak percaya yang dia boleh mengubah Persatuan Bola Sepak
Malaysia hari ini.
“Mereka yakin. Saya tanya balik anak saya, nak ke tak nak. Jawapan dia ‘menjunjung titah bah’,” titah baginda.
BH melaporkan baginda bertitah demikian dalam temu bual eksklusif bersama Media Prima di Istana Flinstone, Mersing semalam.
Baginda turut mengucapkan syabas kepada Tunku Mahkota kerana selama
tempoh tiga tahun mengambil alih JDT pasukan itu bukan sahaja terkenal
di negara ini, malah mengharumkan nama di seluruh dunia.
“Saya tidak tahu mana Tunku Mahkota dapat idea tadbir bola sepak.
Bila saya panggil, dia boleh terangkan satu persatu… dia tahu. Akhirnya
saya serahkan bola kepada dia,” titah baginda
No comments:
Post a Comment