Saturday, April 22, 2017

Sanggup cium kereta selama 50 jam

Sinar Harian
 Sanggup cium kereta selama 50 jam
Antara peserta yang memasuki pertandingan pelik itu.
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT . Apa yang akan anda lakukan untuk sebuah kereta percuma? Menyimpan wang bertahun-tahun atau hanya memberi ciuman kepadanya selama lebih daripada 48 jam?

Itulah yang terjadi di Texas, apabila satu pertandingan diadakan untuk memberi ganjaran istimewa kepada orang terakhir yang kental mencium kereta Kia Optima, iaitu kereta yang bakal dimenangi sekiranya dapat mencium kereta tersebut selama 50 jam.

Memetik laporan huffingtonpost, pertandingan yang bermula Isnin lalu berjaya menarik lebih 20 penyertaan bagi mendapatkan kereta percuma.
Namun menjelang petang Selasa jumlah peserta turun kepada hanya 11 orang.
"Peserta yang meninggalkan pertandingan ini ada sebab-sebab yang berbeza," kata seorang wakil stesen radio iHeart 96.7 KISS FM, yang menjadi tuan rumah acara itu, kepada The Huffington Post.
Dalam pertandingan itu, dua buah kereta Kia Optima disediakan untuk para peserta menciumnya.

Mujurlah dalam pertandingan itu memberi peluang kepada peserta untuk menikmati rehat selama 10 minit.
"Hidung anda begitu merah," kata seorang peserta perempuan kepada pesaing lelaki ketika mereka berehat seketika.

"Ya, tanda merah itu adalah tanda sengsara," jawabnya.
Sementara itu, menjelang Rabu, hanya tinggal tujuh peserta yang sanggup meneruskan cabaran dan akhirnya pada malam Rabu itu, seorang wanita dari Austin, iaitu Dilini Jayasuriya, 30, berjaya memenangi pertandingan itu.
Sejurus menikmati kelayakan untuk memenanginya, dia diberikan kunci sebuah kereta Kia Optima LX.

Selain dia, enam peserta terakhir yang berjaya menghabiskan masa sehingga 50 jam demi mencium kereta itu turut mendapat pelbagai hadiah lain.
Pertandingan ini dibuat secara langsung dan ia boleh ditonton melalui FB Live menerusi radio iHeart 96.7 KISS FM.

No comments:

Post a Comment