6 Mei 2017
SHAH ALAM - Amanah menafikan dakwaan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun
Razak bahawa gabungan parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan berdepan
krisis atau perselisihan.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, sebaliknya gabungan itu
yang terdiri daripada Amanah, Bersatu, PKR dan DAP semakin kukuh hari
demi hari.
“Malah, dalam masa beberapa hari lagi, kami akan mendaftarkan logo Pakatan Harapan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Jadi, ini bukti tidak berlaku sebarang krisis terhadap kami,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau turut menafikan dakwaan Najib yang mengatakan berlaku krisis
politik di Selangor, sambil menyatakan fakta diberikan oleh Perdana
Menteri itu rapuh kerana berdasarkan khabar angin sahaja.
“Orang lain pun boleh beri pandangan berdasarkan khabar angin. Kita
juga boleh mengatakan khabar angin yang berlaku dalam Umno sendiri, yang
mana berlakunya pergeseran antara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Jadi saya rasa, Perdana Menteri harus meneliti semula khabar angin
tersebut. Takut-takut, khabar angin yang dikatakan itu terkena pada
partinya sendiri,” katanya.
Semalam, tiga Adun PKR Selangor menafikan khabar angin bahawa mereka
akan meninggalkan parti berkenaan dan akan menyertai sama ada Umno atau
Pas dalam masa terdekat.
Mereka menyatakan khabar angin itu adalah berita fitnah yang diadakan dan sebuah propaganda politik murahan.
No comments:
Post a Comment