Wednesday, May 10, 2017

Tinjauan bebas: Rakyat mahu Muhyiddin jadi PM

FMT | May 10, 2017
Tinjauan itu menunjukkan Dr Mahathir Mohamad berada di tempat ke-2 dengan 35.9% undi, disusuli Abdul Hadi Awang yang meraih 34.3% undi.
Rais-Hussin-muhyidinPETALING JAYA: Satu tinjauan oleh kumpulan yang kini sudah menyertai PPBM yang dijalankan di 30 kerusi Parlimen BN dan pembangkang menunjukkan rakyat Malaysia mahu Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, ia disusuli pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad serta presiden PAS.

Katanya, hasil tinjauan itu yang disertai 3,000 responden, termasuk di Sabah dan Sarawak menunjukkan Muhyiddin mendahului dengan 37.3% undi setuju, 25.1% membantah dan bakinya tidak pasti.
Dr Mahathir yang mendapat 35.9% undi berada di tempat ke-2, manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ke-3 dengan 34.3% undi.

Ia disusuli bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz; bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bagaimanapun, lebih ramai responden yang membantah berbanding undi menyokong Anwar dan Hishammuddin sebagai perdana menteri.

Bagi Datuk Seri Najib Razak pula, seramai 52% responden membantah beliau menjadi perdana menteri, 27.9% tidak pasti dan hanya 20% menyokong pengerusi BN itu memegang jawatan nombor 1 negara.
“Tiada seorang pun pemimpin BN berada dalam senarai 5 calon teratas untuk PM dan ia jelas menunjukkan Najib berada jauh di belakang pemimpin lain, di tempat ke-9,” katanya ketika mengumumkan hasil tinjauan itu, hari ini.

Katanya, majoriti responden “tidak pasti” mengenai isu politik, pemimpin dan pucuk pimpinan.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Muhyiddin mungkin menjadi PM jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, tetapi PKR bertegas yang Anwar – sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan liwat – ialah calon PM mereka.

Semalam, Pakatan Harapan bagaimanapun enggan menjawab siapa calon PM mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dilaporkan berkata, siapa pun calon mereka, pasti lebih baik daripada perdana menteri sedia ada.
Tetapi, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim membidas pakatan pembangkang kerana tidak mahu menamakan siapa yang bakal mengepalai kerajaan baharu mereka.

Beliau yang dilaporkan semalam mahu Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir sebagai calon PM kerana pemimpin veteran itu mampu meraih sokongan kuat, termasuk daripada pengundi Felda dan seterusnya memastikan kemenangan PH.

Timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula berkata, tiada keutamaan untuk mengumumkan calon PM pakatan pembangkang sehingga mereka memenangi PRU14.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di šŸ£PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBALšŸ£

    ReplyDelete