Sunday, June 11, 2017

Racun anak jiran kerana dendam

Sinar Harian
Racun
Gambar hiasan
BEIJING - CHINA. Seorang wanita meracun anak jirannya dengan racun tikus kerana dendam akibat pertelingkahan lima tahun lalu.

Liu Yiqin menyimpan dendam terhadap keluarga jirannya itu sejak 2012, pendakwa memberitahu mahkamah di bandar Huaian, wilayah Jiangsu, akhir bulan lalu, lapor portal jcrb.com.

Lima tahun yang lalu, suami Liu diarahkan pegawai kampung membayar pampasan kepada jirannya sebanyak 2,000 yuan (RM1,235) selepas dia mencederakan salah seorang ahli keluarga jirannya dalam satu pertengkaran yang bertukar ganas.

No comments:

Post a Comment