Friday, August 18, 2017

Anwar atau banduan lain tidak dibenar buat kenyataan

 Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Jabatan Penjara Malaysia menafikan bahawa kenyataan media mengenai kekecohan semasa program Nothing to Hide 2.0 bertarikh 14 Ogos lalu dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, banduan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atau penyiaran tanpa kebenaran pihak mereka.
"Anwar masih menjalani tempoh hukuman pemenjaraan seperti mana yang diarahkan Mahkamah dan dalam hal ini beliau tidak diberikan kebenaran berbuat demikian.

"Selain itu, gambar yang digunakan pada kenyataan media tersebut juga bukanlah gambar sepanjang tempoh Anwar berada di mahkamah pada tarikh tersebut.
"Pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan perbicaraan berkenaan juga tidak dibenarkan menemui beliau termasuklah media massa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Anwar didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai
kekecohan yang berlaku Ahad lalu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta dalam program tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, Anwar didakwa mengeluarkan kenyataan yang meminta kerajaan bertindak tegas terhadap golongan perusuh supaya ia dapat dielakkan menjelang PRU14 kelak.

No comments:

Post a Comment