Friday, August 25, 2017

Dipecat kerana terlalu cantik

25/8/17
 
 dilek edwars. ©new york post
Mahkamah Manhattan, New York, Amerika Syarikat, dua hari lalu menerima permohonan rayuan seorang wanita yang dipecat bosnya kerana terlalu cantik.

Pada 2013 Dilek Edwards mengajukan saman setelah mantan bosnya, Charles Nicolai dan isterinya Stephanie Adams, 46 tahun, memecatnya sebagai terapis.

Laman the Independent melaporkan, Jumaat (25/8), Nicolai ketika itu mengakui isterinya yang mantan model majalah dewasa Playboy boleh jadi cemburu kerana Edwards terlalu cantik.

Edwards, 33 tahun, kemudian menuntut ke mahkamah dengan mengatakan dia korban diskriminasi gender.

Mahkamah Iowa kemudian menolak tuntutan Edwards lantaran kata 'cantik' tidak boleh menjadi dasar untuk mendiskriminasi.

Namun tahun ini Edwards mengajukan rayuan dan mahkamah mengkabulkan permohonannya.

Dilek dipecat lantaran Adams meyakini Nicolai, suaminya, tertarik secara seksual kepada pekerjanya itu," ujar Hakim David Friedman.

"Hal inilah yang menyebabkan dia mengalami diskriminasi gender seperti dalam undang-undang Hak Asasi New York," kata Friedman
Sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment