Malaysiakini 26/8/17
SUKAN SEA I Selepas isu bendera
terbalik, peminat Sukan SEA ke-29 sekali lagi dikejutkan dengan insiden
tidak sepatutnya berlaku pada temasya sukan dwitahunan itu.
Kali ini, membabitkan perenang Malaysia, Keith Lim Kit Sern apabila
paparan di televisyen menandakan atlet itu dengan bendera Singapura.
Paparan itu turut menandakan Kit Sern dengan singkatan 'KUL' dan bukan 'MAS' bagi merujuk atlet yang berasal dari Malaysia.
Rakaman pada acara renang gaya bebas 50m lelaki akhir itu kemudian
dimuatnaik menerusi Youtube dan turut dilaporkan oleh sebuah blog
Singapura, mothership.sg.
Semalam, tular di media sosial mengenai bendera beberapa negara yang
menyertai KL2017 bertukar antara satu sama lain yang disikan di salurab
TV2 RTM ketika pungutan pingat yang dimenangi atlet.
Lapan bendera daripada 11 negara yang bertukar itu membabitkan
Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan
Laos.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abu Bakar Ab Rahim ketika dihubungi mStar Online mengakui kesilapan yang dilakukan semasa siaran langsung berita Tamil di saluran TV2 pada pukul 7.30 malam Khamis.
Bagaimanapun katanya, permohonan maaf berhubung kesilapan itu telah dibuat pada segmen berita di saluran TV yang sama semalam.
Sabtu lalu majlis perasmian KL2017 tercemar apabila bendera Indonesia dipaparkan secara terbalik dalam buku panduan.
Insiden itu mencetuskan rasa tidak puas hati Menteri Belia dan Sukan
Indonesia, Imam Nahrawi yang dinyatakan secara terbuka melalui Twitter.
Bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar segera meminta maaf dan bertemu Imam.
Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir begitu sahaja apabila NGO
yang dikenali sebagai Laskar Merah Putih mengadakan demonstrasi di
kedutaan besar Malaysia di Jakarta
No comments:
Post a Comment