Saturday, November 4, 2017

Azmin: Air percuma diteruskan pada 2018

 | November 3, 2017
Pengumuman itu dibuat menerusi pembentangan belanjawan negeri 2018 yang memperuntukkan RM185.26 juta untuk program air percuma, atau peningkatan RM1.96 juta.
Azmin-Ali_water_selangor1
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan teruskan pemberian air percuma kepada seluruh rakyat di negeri itu pada 2018, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengumuman itu dibuat menerusi pembentangan belanjawan negeri 2018, memperuntukkan RM185.26 juta untuk pemberian air percuma iaitu peningkatan sebanyak RM1.96 juta berbanding peruntukan sebelum ini.
“Air percuma kepada seluruh rakyat diperuntukkan sebanyak RM185.27 juta dan disediakan untuk tahun 2018,” katan Azmin di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azmin turut menasihatkan pengguna supaya mengamalkan penjimatan air bagi mengelakkan pembaziran sumber bernilai itu.
“Kerajaan negeri nasihatkan pengguna supaya amalkan konservasi (penjimatan) di rumah, pejabat dan industri memandangkan air sumber bernilai,” katanya.
Tahun lalu, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM183.2 juta untuk program berkenaan bagi tahun 2017.

Malah, kerajaan negeri meletakkan sasaran mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 35% kepada 29% pada 2019.
Hari ini, Azmin membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM3.12 bilion pada tahun 2018 berbanding RM3.45 bilion pada tahun sebelumnya, atau penurunan sebanyak RM330 juta.

Ia juga merupakan belanjawan defisit berturut-turut ke-4 dibentangkan Azmin di mana kerajaan negeri dijangka mencatat defisit RM870 juta tahun depan. FMT

No comments:

Post a Comment